Hi! Welcome to Ezah K. Search your fav post here :)

18 May 2018

RESEPI MUDAH DONUT GEBU (Step by step)


Assalamualaikum and hi,

Harini ummi nak share satu resepi donut yang sedap, lembut dan kekal gebu selepas berjam-jam digoreng, walaupun sudah di frozen kan. Ada yang kata lebih sedap dari donut Starbek, Dankin, Epal Besar dan lain-lain kedai hipstur. Kalau nak tahu sedap macam mana, kena lah buat dulu. 


Hasil kejadian. Makan panas-panas lepas goreng masa cuaca sejuk-sejuk, 
minum petang or berbuka puasa. Memang indah sekali perasaannya.

Bahan-bahan:
1 paket yeast (mauripan)
1 sudu gula
1/2 cawan air suam
4 cawan tepung
3 sudu marjerin
2 sudu susu pekat
Secubit garam
1/2 - 1 cawan air suhu bilik
Inti donut (nutella/cheese/chocolate)

Cara-cara semuanya disertakan dekat gambar ya. 

Air suam tadi, tambahkan gula dan yeast. Gaul-gaul ala kadar, rehatkan dia biar naik berbuih seperti gambar kanan. Kalau yeast yang dah rosak, dia takkan naik buih-buih tu. Jadinya ko beli lah yang baru ya.

Campurkan tepung, marjerin dan susu pekat ke dalam bekas. Gaul rata sampai tepung jadi macam serbuk roti. Guna tangan jerr. 

Barulah masukkan air yeast yang dah berbuih itu. Tambah air sikit-sikit dan uli. 



Kalau rasa adunan keras, tambah air lagi sikit-sikit. Jangan gelojoh. Sambung uli lagi. Kalau lenguh malam nanti minta abang urutkan. 

Uli doh sampai tak melekat di celahan jari jemari korang. Lepastu biarlah dia berehat, tutup bekas dengan kain dan jangan kacau dia.

Kau belum boleh rehat lagi ya. Sediakanlah inti masa ni. Cheesedale potong 4, milk compound potong petak. Kalau takde cheesedale, pakailah cheese apa pun ikut kemampuan. 

Dalam 30minit, doh naik bagai badan kita yang dipam-pam. Tumbuk dia bagi kempis. Jangan cemuh sebab dia gemuk nanti donut ko tak sedap. 

Lepastu ambil lah separuh doh tadi dan uli sikit. Lenyeklah pakai apa benda saja yang korang ada. Botol kicap pun boleh janji bersih. Sampai dia nipis, tapi tidaklah senipis iman kita ya.

 
Ambil cawan IKEA anak ko, celup dalam tepung. Supaya senang nak tekap, doh tak melekat. Kalau taknak celup pun takpe tak berdosa pun. Tekaplah doh tadi. Barulah cantik kejadiannya elok bulat sebulat wajahmu. Okay sekarang, untuk donut inti nutella dah siap. Nutella nanti dipaipkan lepas dah goreng. 

Untuk inti cheese/coklat/lain, leperkan balik doh tadi.

Masukkan lah inti cheese, coklat, kari, atau apa sahaja kegemaran korang. 

Dah masuk inti, tutup rapat jangan bagi inti terlepas keluar. Bulatkan balik elok-elok. Jangan lupa panaskan oven suhu 160°C. 

Yang ni ada lebih kuah bolognese itu hari, buat la topping konon pizza home made. Campak je sosej, bawang, sekeluarga cheese (cheddar, parmesan, mozarella). Tunggu dalam 5-10minit. Untuk frozen, bakar dalam oven selama 10minit. Untuk matikan yeast tu. Kalau tidak sampai esok pun makin kembanglah doh kau. Boleh juga goreng sekejap dalam minyak panas.

Lepas oven dah 'ting', keluarkan dan sejukkan. 

Bungkuslah cantik-cantik dalam tipuware, barulah tak sia-sia kau beli bekas pelbagais saiz dari IKEA. Masuk je dalam peti sejuk beku. Nak guna nanti keluarkan dan defrost sekejap, kemudian goreng macam biasa. 

Untuk makan punya, boleh terus goreng atas api yang sangat perlahan. Doh ni sangat cepat hangit. Jadinya, hati-hati ya. Dah sampai step penghujung ni. 

Angkat, toskan dan lapik atas tisu. Taburkan gula halus atau gula icing atau apa-apalah. Nak celup coklat ke,  ikut kreativiti. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment